Sunday, August 22, 2010

Malam yang Sepi...





hurm...x dapat tido malam ni...skrg merah ngah downlod lagu untuk buat video klip...biasa la..asgmnt lagi...mesti kat luar sana ada yang tengah lena diulit mimpi kan..xpe la berkorban untuk masa depan..hurm tapi x leh ikut tau, ni la akibatnya bila buat kerja last minit..tak tido malam la jawapnya...tapi merah rasa terubat la bila adanya blog ni,,sekurang-kurangnya merah tak rasa sunyi lagi..kalau sebelum ni tak boleh tido mesti tak tau nak buat ape..rupanya nampak lah kat sini kepentingan blog...tak perlu lagi nak tulis secara manual kat dalam diari..sekurang-kurangnya kat sini merah boleh share and luangkan masa yang ada..masalah-masalah..leptop merah baru je masuk kedai..format sebab ada virus katanya..bila dah format habis semua folder hilang..tak tau nk downlod lagu guna apa...real palyer pun xda..ni tengah install semula mana-mana yang dah hilang..
doakan merah sentiasa tabah k....

Program " I love My Self"



     Antara rakan fesi yang terlibat menjayakan program



 sibuknya berbincang dalam LDK..





selamat berbuka......

Beberapa minit lg azan magrib akan tiba...tu mksudnya tibalah waktu untuk berbuka puasa bagi yang berpuasa..hehe...merah nk ucapkan selamat berbuka puasa pada semua..alhamdulillah lengkap sudah puasa kite pada hari ini...hari ni merah balik dari kl terus sampai ke tanjum malim kol 6.30...lepas tu terus je pegi bazar ramadhan kat depan kolej kediaman untuk beli juadah...hurm hari ni teringin nak makan chaw kue teaw goreng ngn aym percek...nyam2.....tapi ada jugak rasa pelik sebab kawan merah yang selalu ceria tiba-tiba petang ni muram n masam jer..mugkin die ada masalah yang tak nak kongsi ngn merah kot...ape2 pun merah harap semuanya baik2 hendaknya....hurm sampai cni dulu..selamat berbuka semua....


Saturday, August 21, 2010

URuskan Masa dengan Bijak

Pengurusan Masa
Pengenalan
Pengurusan masa bermaksud anda mampu menguruskan masa secara berkesan bagi melakukan aktiviti harian dan merasa puas hati dengan apa yang telah anda lakukan. Pengurusan masa yang berkesan merupakan ciri penting di dalam gaya hidup yang sihat. Menguruskan masa melibatkan penggunaan peralatan dan kaedah atau teknik untuk merancang dan menjadualkan masa dengan sesuai dan tepat.
Peralatan dan teknik tersebut bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan penggunaan masa anda. Pengurusan masa amat penting bagi membantu remaja mengurus dan mengendalikan masa dengan bijak dan bertanggungjawab.

Kepentingan pengurusan masa
Apabila anda gagal untuk menguruskan masa dengan bijak, anda mungkin:
  • Membazir banyak masa yang berfaedah
  • Menjadi tidak produktif
  • Mendapat stres
  • Menjadi cemas dan bimbang
  • Bertambah gusar dan mudah marah
Dan yang paling utama, anda:
  • Gagal menyiapkan apa-apa tugasan pada masa yang ditetapkan
Panduan
Panduan pengurusan masa bagi remaja
 
Buat jadual harian. Catatkan:
  • Pukul berapa biasanya anda bangun tidur?
  • Berapa lama anda bersiap untuk ke sekolah?
  • Pukul berapa anda pergi ke sekolah?
  • Pukul berapa anda pulang ke rumah dari sekolah?
  • Berapa lama masa diambil untuk menyiapkan kerja sekolah dan kerja rumah?
Daripada jadual di atas, anda boleh menentukan berapa banyak masa lapang yang anda ada dan menyusun jadual masa supaya semua aktiviti dapat disempurnakan pada hari yang sama
.
Buat senarai mengenai perkara yang ingin anda lakukan.
Apabila anda hanya duduk menonton TV beberapa jam atau tidak melakukan apa-apa dan menjadi bosan, gunakan senarai yang ada untuk mengubah masa lapang anda dengan melakukan aktiviti yang lebih produktif.

Tetapkan matlamat tentang apa yang ingin anda capai.
Matlamat anda sasarkan mestilah khusus. Sebagai contoh: 'Saya ingin memperoleh wang' bukanlah satu matlamat; sebaliknya 'Saya ingin mendapatkan RM50.00 untuk membeli sepasang kasut'; merupakan satu matlamat. Hanya matlamat yang khusus mudah dicapai dan dilaksanakan.

Bahagi-bahagikan aktiviti harian anda mengikut kategori.
Tetapkan keutamaan apabila anda membahagikan aktiviti mengikut kategori. Contohnya: 'Menyiapkan kerja sekolah adalah keutamaan, Melakukan senaman adalah keutamaan, Bersiar-siar di pusat membeli belah bukan keutamaan'. Tetapkan aktiviti anda berdasarkan keutamaan.

Tetapkan had masa.
Jika anda perlu menyiapkan kerja rumah, tetapkan had masa.
Pastikan anda menyiapkan kerja tersebut dalam had masa yang ditetapkan.

Gunakan diari.
Diari atau jadual waktu dapat membantu anda melakukan tugasan dan mencapai matlamat yang ditetapkan.Ia juga turut membantu anda untuk merancang aktiviti harian berdasarkan apa yang mesti dibereskan. Secara langsung, ia membantu anda untuk menggunakan masa yang terluang untuk menyiapkan tugasan atau aktiviti yang ingin dilakukan.

Kekalkan rutin harian anda sebaik mungkin.
Mengetahui apa yang perlu dibuat dan bila ia perlu diselesaikan membolehkan anda mencapai apa yang telah disasarkan dengan lebih baik.

Simpan tugasan atau kerja sekolah di satu tempat.
Anda hanya akan membazir masa jika perlu menyusun semula tugasan yang ingin dibereskan.Pembaziran ini dapat dikurangkan jika anda boleh menyimpan semua tugasan di satu tempat agar ia boleh dibereskan dengan cepat dan mengurangkan stres.

Jangan melengah-lengahkan kerja anda.
Berlengah itu pencuri masa. Anda hanya membazir masa jika melengah-lengahkan kerja.

Siapkan tugasan dengan betul semasa kali pertama ia dilakukan.
Anda hanya membuang masa bila tugasan tersebut perlu dibuat semula.

Hasil
Anda menjadi:
  • Lebih terurus
  • Produktif
  • Kurang tertekan
  • Gembira
  • Mempunyai banyak masa untuk melakukan aktiviti yang lebih bermakna

Apa itu AKAL?

Pemberian Akal Dan Ilmu
ALLAH s.w.t. menciptakan manusia sebagai satu mahkluk yang paling utama dan mulia di alam ini. Sebagai bukti atau lambang kemahabijaksanaan Allah dalam semua aspek. Allah memuliakan mereka dengan diberinya “akal”. Manakala pemberian ini tidaklah sama antara satu sama lain, baik kekuatan berfikir atau memahami, daya ingatan (hafalan) dan lain-lain.
Di samping itu kita mendapati  di kalangan  mereka peratus yang kecil (cuma 2%) manusia yang cerdas, begitu juga manusia yang terencat akal. Manusia yang terencat akal adalah sukar dibantu, manakalah kelemahan akal adalah dapat diatasi dengan perawatan rohani dan fizikal.
 
Menurut Imam al-Ghazali dan al-Maawardi akal itu terbagi kepada dua:
1. Akal Gharizi  (Iaitu akal atau ilmu yang diperolehi secara semula jadi sejak anak-anak dalam masa menuju    
                        perkembangan.)
2. Akal Muktasab (Iaitu akal atau ilmu yang diperoleh dengan cara berusaha atau belajar dengan menggunakan  
                        pengalaman orang dahulu dan percubaan sendiri. )

Di samping itu kita perlu menyedari cara manusia memperoleh ilmu pengetahuan itu pula adalah berlainan antara satu golongan dengan golongan yang lain berdasarkan kurniaan Allah dan persiapan-persiapan yang disediakan Allah dalam diri manusia yang berkaitan,iaitu: 
1. Golongan Para Anbia Dan Rasul, mereka mempunyai sifat-sifat rohani dan jasmani yang sempurna  di mana mereka memperoleh ilmu dengan cara wahyu atau berita dari Allah s.w.t


2. Golongan Auliya (para wali), mereka memperoleh ilmu dengan cara mendapat ilham atau laduni iaitu ilmu yang didapat tanpa belajar tetapi mestilah juga berusaha paling kurang mempunyai ilmu-ilmu asas sebagai persiapan; sebab ilham tidak akan datang merupai sesuatu ilmu  baru, yang belum pernah dikenali asasnya.

3. Golongan Ulamak dan Cendikiawan, mereka memperoleh ilmu adalah dengan cara biasa iaitu dengan cara belajar menggunakan pengalaman atau pengkajian orang lain dan juga percubaan sendiri.
Allah adalah sumber ilmu, manakala kitabNya pula sumber nur dan ilmu pengetahuan. Di dalam al-Quran Allah berfirman: 
“Allah mengurniakan hikmat (rahsia ilmu) kepada siapa yang dikehendakiNya; dan siapa yang dikaruniakan hikmat maka sungguh dia telah diberikan kebajikan yang banyak; dan tiadalah yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang berfikir."

(al Baqarah: 269)
Perubahan akal dengan pandangan hati
Al-Quran dan al-hadis menyatakan bahwa perhubungan akal dengan hati itu adalah amat rapat sekali di mana hati merupakan lombong kepada akal dan ilmu.
Allah berfirman: 
"Tidaklah mereka berjalan di muka bumi hingga mereka mempunyai hati yang mereka boleh berfikir (memahami)."
(al-Hajj: 46)
Di samping itu pula kita mendapati beberapa buah hadis Nabi  s.a.w yang menyatakan di antaranya :
"Akal itu  adalah cahaya dalam hati yang dapat membedakan antara yang benar dengan yang palsu."
 "Ketahuilah bahawa perbandingan akal dalam hati itu adalah seperti perbandingan lampu dalam rumah."
 Ayat al-Quran dan hadis-hadis ini menunjukkan tempat akal itu ialah di hati dan menunjukkan bahwa akal itu ialah ilmu pengetahuan.
 Menurut Imam al-Ghazali,  hati manusia itu mempunyai dua buah pintu, iaitu:
1. Pintu yang terbuka ke arah alam malakut iaitu Lauh Mahfudz dalam alam malaikat. Menurut beliau bahawa hakikat segala sesuatu itu adalah tersurat di Luh Mahfudz dan gambarannya dapat dicapai oleh pendakian hati manusia yang bersih .
2 . Pintu yang terbuka ke arah panca indera yang bertumpang kepada Alam Syahadah 
 (Kerajaan Duniawi dan Alam Nyata)
Pintu-pintu ini hanya orang-orang yang semata-mata berzikir kepada Allah s.w.t., Menurutnya kegiatan para ulama ialah menuntut dan mengkaji ilmu serta memasukkannya ke dalam hati; sedang para wali dan sufi mereka berbuat untuk membersihkan hati, menyucikannya menjernihkan menggilapkannya sahaja  agar dia dapat membuat hubungan dengan Allah dan memperindah kegemilangan hati untuk Allah s.w.t semata-mata.
Menurut beliau,hati itu mempunyai cermin untuk memandang di mana bila terang cerminnya, maka akan teranglah segala maklumat atau yang lebih dikenal sebagai ilmu pengetahuan.
Jika dikaji dalam al-Quran dan hadis, maka hati itu ada yang dimaksudkan dengan “suatu pengertian di mana manusia boleh mengerti hakikat segala sesuatu”. Apabila cerahlah cermin hati, maka akan terang benderanglah gambaran alam Mulk dan Malakut. Dalam hal ini didapati cermin hati para nabi adalah terang sekali di mana mereka dapat melihat dengan amat terang akan kedua-dua alam itu.
 
Definisi akal
Seterusnya definisi “akal” menurut al-Ghazali mempunyai dua pengertian:

1. Akal itu adalah mengetahui hakikat segala sesuatu. Dalam hubungan ini akal merupakan sifat ilmu yang terdapat dalam perbendaharaan hati.
2. Akal itu ialah alat untuk menangkap dan mendapatkan segala maklumat. Dalam hubungan ini akal itu ialah hati itu sendiri yang merupakan hakikat manusia.
Berdasarkan definisi ini, Prof. Hj. Mokhtar Yahya dalam bukunya ”Pertumbuhan akal dan memanfaatkan Naluri Kanak-Kanak”  beliau menulis:
Akal itu ialah suatu sifat dari pada ciri-ciri jiwa (hati). Dengan adanya akal itu jiwa (hati) dapat mengetahui dan mengenal sesuatu yang ma’qul (yang dapat difikiri) dan mahsus (yang dapat dikesan oleh panca indera).
Al-Maawardi membuat pembahagian kepada akal di mana dari satu seginya akal itu bertempat di hati kerana hati itu adalah sebagai lombong kepada kehidupan manusia dan dia merupakan bahan atau alat untuk merasakan (perasaan).
Muhammad Taqiyyul Mudarrisi memberi definisi bahwa akal itu ialah nur di mana manusia dapat membezakan antara jalan yang lurus dengan jalan yang menyimpang; kebaikan dengan kejahatan, kemungkinan dengan kemustahilan dan yang benar dengan yang palsu. 
Manakala Fairuzabadi pula mentakrifkan: ”Akal itu ialah nur rohani yang boleh mendapatkan bahan-bahan ilmu.”  Di samping itu ada yang mendefinisikan: hakikat akal itu ialah cahaya yang suci dari liputan pra sangka.
Jadi, akal itu adalah pencapai ilmu pengetahuan. Pengetahuan adalah ibarat dari pada hakikat segala sesuatu yang terletak di hati. Setiap pengetahuan itu pula adalah mempunyai satu hakikat atau kenyataan dan kenyataan itu mempunyai gambar yang tercetak jelas dalam cermin hati.Tugas kita adalah memperjelas atau menggilapkan cermin itu dengan sejelas-jelasnya supaya kenyataan atau hakikat segala sesuatu itu adalah jelas kepada kita.
Akal menurut pengertian Islam bukanlah semata-mata akal yang boleh menyelesaikan masalah-masalah ilmiah tetapi juga lebih dari itu ialah akal yang boleh menimbangkan antara perkara yang baik dengan yang buruk, antara yang benar dengan yang palsu dan akal itu tunduk pula kepada wahyu Ilahi.
Dari sini kita dapat mengukur kekuatan atau ketinggian seseorang itu adalah berdasarkan kepada kesanggupannya untuk memahami sumber ilmu yang sebenarnya iaitu Qur’an dan hadis dan kesanggupannya untuk mengikuti wahyu dan tatasusila keagamaan.  Rasulullah pernah bersabda:
 “Tiadalah beragama orang yang tidak berakal dan tiadalah berakal orang yang tiada beragama.”
Malah ada orang berpendapat bahawa agama seseorang itu adalah mengikut akalnya, bagaimana kedudukan akalnya maka begitulah kedudukan agamanya.

Nak Tau Apa itu MOTIVASI????

Definisi, Pengertian
& Takrifan Motivasi

Oleh Taidin Suhaimin
Perunding & Penceramah Motivasi

Kata-Kata Motivasi:
"Kemampuan adalah apa yang anda boleh lakukan. Motivasi menentukan apa yang anda lakukan. Sikap pula menentukan bagaimana baik anda lakukannya." - Lou Holtz

Perkataan MOTIVASI sejak akhir kurun kedua puluh sudah menjadi sesuatu yang lumrah. Namun kini, masih ramai yang kurang faham tentang apa yang dimaksudkan dengan perkataan MOTIVASI.

1. Motivasi Sebagai Pengarah Tuju dan Penggerak Tindakan
Perkataan MOTIVASI adalah berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris - "MOTIVATION". Perkataan asalnya ialah "MOTIVE" yang juga telah dipinjam oleh Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia kepada MOTIF, yakni bermaksud TUJUAN. Di dalam surat khabar, kerap pemberita menulis ayat "motif pembunuhan". Perkataan motif di sini boleh kita fahami sebagai sebab atau tujuan yang mendorong sesuatu pembunuhan itu dilakukan.
Jadi, ringkasnya, oleh kerana perkataan motivasi adalah bermaksud sebab, tujuan atau pendorong, maka tujuan seseorang itulah sebenarnya yang menjadi penggerak utama baginya berusaha keras mencapai atau mendapat apa juga yang diinginkannya sama ada secara negatif atau positif.

Oleh itu, kita boleh definisikan bahawa:
1. Motivasi adalah sesuatu yang menggerak dan mengarahtuju seseorang dalam tindakan-tindakannya sama ada secara negatif atau positif.

2. Motivasi Sebagai Pendorong
Tujuan atau motif adalah sama fungsinya dengan matlamat, wawasan, aspirasi, hasrat atau cita-cita. Jadi, wawasan, cita-cita, impian, keinginan atau keperluan seseorang itu malah bagi sesebuah negara merupakan pendorong utama yang menggerakkan usaha bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang dihajatkan.

Lebih penting sesuatu yang ingin dicapai, dimiliki, diselesaikan atau ditujui, lebih serius dan lebih kuatlah usaha seseorang, sesebuah keluarga, organisasi, masyarakat atau negara untuk mencapai apa juga matlamat yang telah ditetapkan. Jadi, dengan matlamat atau hasrat yang lebih penting atau besar, lebih kuatlah pula dorongan atau motivasi seseorang itu untuk berusaha bagi mencapai matlamatnya.
Oleh itu, bolehlah kita buat kesimpulan di sini bahawa:
2. Motivasi adalah suatu bentuk dorongan minda dan hati yang menjadi penggerak utama seseorang, sesebuah keluarga atau organisasi untuk mencapai apa juga yang diinginkan.

(Definisi kedua saya di atas ada kesamaan sedikit dengan definisi pertama).
3. Motivasi Sebagai Darjah Kesungguhan
Tahap kepentingan sesuatu yang seseorang ingin capai, memberi kesan terhadap tahap kesungguhannya berusaha. Sungguhpun masa untuk mencapainya agak lama, tetapi jika apa yang dihasratkan itu amat penting, ia akan terus tetap mempunyai keinginan atau kesungguhan untuk berusaha sehinggalah matlamatnya tercapai.

Oleh itu, bolehlah juga kita buat kesimpulan di sini bahawa:
3. Motivasi adalah darjah atau tahap kesungguhan dan tempoh keterusan seseorang, berusaha untuk mencapai tujuan atau matlamat.

Jom Release Tension...


TIPS UTK HILANGKAN STRESS...            
                                                 



Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan hidup. Antaranya ialah :

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati. 

2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu. 

3) Banyakkan Solat Sunat Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah. 

4) Selalu berdoa kepada Allah Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.
5) Bersangka baik dengan Allah Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu. 

6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh. 

7) Amal diet dengan disiplin yang kuat Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis. 

8) Menangis dengan sepuas hati Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja. 

9) Hargai kebolehan diri sendiri Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.
10) Cintai diri sendiri "Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya

selamat pagi....

hai semua...hurm merah bary je lepas sahur ni..x tau nk buat ape sblm azan subuh ni..tu yg jengah kejap blog yg x brapa mantap lg ni..rindu plak rase k share pagi yg indah ni dgn kamu smua...hurm bila tgk lauk pauk yang banyak ni tetibe hati jadi sayu bila akak merah cakap, " kite ni mkn sedap2 sampai tak terhabis lauk...mcm mna la dngn rakyat pakistan yg seramai 1.6 juta yang tengah kebuluran sekarang..." tersentap rasa hati kecil ni...cepat2 la kite panjatkan kesyukuran pada Ilahi diatas kesempurnaan hdup kite pada hari ini...moga dpermudhkan selamnya....mari kite doa ye, moga mereka di luar sana sentiasa tabah dalam hadapi ranjau hidup dorang kt sna....
   
 hurm....hening je pagi ni kan....sejuk terasa mencengkam tubuh...sunyi je..terasa kenikmatan pagi tu...di mana2 saja pasti ada ketenangan kan..hurm indah ciptaanNya ni..malam tadi dah hbskan penat lelah semalam dengan tido..dan hari ni bangkit semula dengan segar untuk mulakan hari yang baru..putaran waktu tanpa kite sedar...hurm.....

counselor nakal....

hehe mesti ada yg x percaya kan...merah ni bakal kaunselor tau...sekarang ni dah semester 5 dlm bidang kaunseling dekat UPSI...oleh itu sah la merah ni bakal cikgu kaunseling nanti..hurm nak tau x..bila dh belajar bnyk mengenai ilmu kaunseling ni, merah dah bnyk berubah...berubah dari aspek mna itu rahsia..hehe..tapi kalau bab pertuturan dalam pergaulan memang banyak membantu..berubah habis..dah xda minah rock mcm dulu..sekarang ni kalau lihat sesuatu merah x lihat dari segi luaran sahaja..sebab pandangan mata kaunselor melihat sesuatu sampai ke dasarnya..oleh itu, dh lma merah elakkan diri merah dari menilai seseorang dengan mudah sebelum benar-benar mengenalinya....sebab kite x berhak nk menilai atau melabel seseorang tu dengan lihat pada personaliti luarannya....haaa mcm mna...??? nk tau lg tntng caunseling?? nnti merah sambung lg ek..nk solat jap...muah.

harumnya ramadhan..

salam ramadhan merah nk ucapkan pada semua...indah kan bulan ni...setahu kite bulan ni bulan yang mulia..jadi lebih baik kan kite tingktkan ibadah kite padaNya...merah harap bulan yang mulia ni memberi seribu erti pada diri merah..xda kata dapat diungkap bila kenangkan kebesaranNya..harap-harap dapat tunaikan pose tahun ni dengan lebih sempurna dari yang lepas..hurmmm indahnya puase...diri pun terhindar dari perkara yang bukan-bukan..bulan pose ni telinge pun rasa suci..xda dengar umpat mengata dari mulut kawan2...tu la hikmahnya puasa...alhamdulillah mari kite smua panjatkan kesyukuran...selamat berpose semua....

 hurm jom kite hayati lirik lagu raihan ni......

Harapan Ramadhan

Artist: Raihan
Song Category: Nasyid
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua


Friday, August 20, 2010

salam pertama dariku...asal usul semerah darah88

salam dari merah buat semua yang sudi view blog ni....hurm akhirnya merah juga dapat miliki blog sendiri..sebelum tu trima kasih diucapkan pada mereka yang terlibat dalam membantu menjayakan blog ni..tanpa dirancang dan spontan nick name " Merah" terlintas dibenak hati..mungkin ada sbbnya yang tersendiri kan..kadang-kadang ilham ni dtg tnpa diduga..Merah berasal daripada Pahang dan kini belajar di salah sebuah institusi awam di perak...hurm..jauh sungguh perjalanan hidup ni..sedar x sedar merah sekarang dah berusia 22 tahun..rupanya dalam x sedar sudah 22 tahun kaki ini membawa langkah perjalanan hidup merah...kemana destinasi seterusnya??? itu merah x tau sbb yg membawa lngkah ini semuanya ditentukan oleh Allah...minta sangat agar sentiasa diberkati...jauh sungguh perjalanan yang dah pergi..tapi merah harap merah tak serik dan rasa jemu dengan liku-liku yang sudah dijalani dan bakal ditempuhi kelak...sebab merah rasa hidup ini kalau tidak ada liku dan dugaan, hidup seperti x bermakna....kadang-kadang hidup ni perlukan cabaran..sebab merah rasa cabaran dan dugaan mendewasakan diri merah..harap anda semua pun begitu jua...hurm..rasanya sampai setakat ini salam pertama dari merah...jumpa lagi nanti untuk berkongsi setitis perjalanan hidup merah......titik.