Friday, May 20, 2011

Saye seorang Cikgu...

9/5/2011....ni adalah antara tarikh2 terpenting dalam hidup merah..nak tau x..ini adalah tarikh merah mendaftarkan diri sebagai guru praktikum di sekolah menengah kebangsaan kampung jambu..dan ini juga kali pertama merah menjejakkan kaki ke taiping..selama 3 tahun setengah study di perak setakat ni tak pernah lagi kemana2 selain tanjung malim..kelakar plak rasa..bukan sebab terlalu fokus pada study tapi x tau mcm mna nk pergi jalan2 kat perak ni..hehe..bila sampai di taiping rasa terkejut juga kerana taiping bukan seperti apa yang merah bayangkan..dekat sini mcm2 ada..best..lain sgt dengan tanjung malim..hehe bandar mati kot..jom jengah apa yang ada dekat taiping ni...

Antara Keindahan2 Yang ada Dekat Taiping



Sunday, February 6, 2011

Update..

lama betul rasanya tingglkan blog ni...bila buka balik rindu rasa nk menulis...lega rasanya.sekarang dh boleh nk cerita hal personal merah di blog ni..almaklumlah dulu blog ni khas untuk pendidikan saja..tapi khusus untuk penilaian blog ni dh habis..so..boleh la cerita hal hal personal dekat sini..

Sunday, August 22, 2010

Malam yang Sepi...





hurm...x dapat tido malam ni...skrg merah ngah downlod lagu untuk buat video klip...biasa la..asgmnt lagi...mesti kat luar sana ada yang tengah lena diulit mimpi kan..xpe la berkorban untuk masa depan..hurm tapi x leh ikut tau, ni la akibatnya bila buat kerja last minit..tak tido malam la jawapnya...tapi merah rasa terubat la bila adanya blog ni,,sekurang-kurangnya merah tak rasa sunyi lagi..kalau sebelum ni tak boleh tido mesti tak tau nak buat ape..rupanya nampak lah kat sini kepentingan blog...tak perlu lagi nak tulis secara manual kat dalam diari..sekurang-kurangnya kat sini merah boleh share and luangkan masa yang ada..masalah-masalah..leptop merah baru je masuk kedai..format sebab ada virus katanya..bila dah format habis semua folder hilang..tak tau nk downlod lagu guna apa...real palyer pun xda..ni tengah install semula mana-mana yang dah hilang..
doakan merah sentiasa tabah k....

Program " I love My Self"



     Antara rakan fesi yang terlibat menjayakan program



 sibuknya berbincang dalam LDK..





selamat berbuka......

Beberapa minit lg azan magrib akan tiba...tu mksudnya tibalah waktu untuk berbuka puasa bagi yang berpuasa..hehe...merah nk ucapkan selamat berbuka puasa pada semua..alhamdulillah lengkap sudah puasa kite pada hari ini...hari ni merah balik dari kl terus sampai ke tanjum malim kol 6.30...lepas tu terus je pegi bazar ramadhan kat depan kolej kediaman untuk beli juadah...hurm hari ni teringin nak makan chaw kue teaw goreng ngn aym percek...nyam2.....tapi ada jugak rasa pelik sebab kawan merah yang selalu ceria tiba-tiba petang ni muram n masam jer..mugkin die ada masalah yang tak nak kongsi ngn merah kot...ape2 pun merah harap semuanya baik2 hendaknya....hurm sampai cni dulu..selamat berbuka semua....


Saturday, August 21, 2010

URuskan Masa dengan Bijak

Pengurusan Masa
Pengenalan
Pengurusan masa bermaksud anda mampu menguruskan masa secara berkesan bagi melakukan aktiviti harian dan merasa puas hati dengan apa yang telah anda lakukan. Pengurusan masa yang berkesan merupakan ciri penting di dalam gaya hidup yang sihat. Menguruskan masa melibatkan penggunaan peralatan dan kaedah atau teknik untuk merancang dan menjadualkan masa dengan sesuai dan tepat.
Peralatan dan teknik tersebut bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan penggunaan masa anda. Pengurusan masa amat penting bagi membantu remaja mengurus dan mengendalikan masa dengan bijak dan bertanggungjawab.

Kepentingan pengurusan masa
Apabila anda gagal untuk menguruskan masa dengan bijak, anda mungkin:
  • Membazir banyak masa yang berfaedah
  • Menjadi tidak produktif
  • Mendapat stres
  • Menjadi cemas dan bimbang
  • Bertambah gusar dan mudah marah
Dan yang paling utama, anda:
  • Gagal menyiapkan apa-apa tugasan pada masa yang ditetapkan
Panduan
Panduan pengurusan masa bagi remaja
 
Buat jadual harian. Catatkan:
  • Pukul berapa biasanya anda bangun tidur?
  • Berapa lama anda bersiap untuk ke sekolah?
  • Pukul berapa anda pergi ke sekolah?
  • Pukul berapa anda pulang ke rumah dari sekolah?
  • Berapa lama masa diambil untuk menyiapkan kerja sekolah dan kerja rumah?
Daripada jadual di atas, anda boleh menentukan berapa banyak masa lapang yang anda ada dan menyusun jadual masa supaya semua aktiviti dapat disempurnakan pada hari yang sama
.
Buat senarai mengenai perkara yang ingin anda lakukan.
Apabila anda hanya duduk menonton TV beberapa jam atau tidak melakukan apa-apa dan menjadi bosan, gunakan senarai yang ada untuk mengubah masa lapang anda dengan melakukan aktiviti yang lebih produktif.

Tetapkan matlamat tentang apa yang ingin anda capai.
Matlamat anda sasarkan mestilah khusus. Sebagai contoh: 'Saya ingin memperoleh wang' bukanlah satu matlamat; sebaliknya 'Saya ingin mendapatkan RM50.00 untuk membeli sepasang kasut'; merupakan satu matlamat. Hanya matlamat yang khusus mudah dicapai dan dilaksanakan.

Bahagi-bahagikan aktiviti harian anda mengikut kategori.
Tetapkan keutamaan apabila anda membahagikan aktiviti mengikut kategori. Contohnya: 'Menyiapkan kerja sekolah adalah keutamaan, Melakukan senaman adalah keutamaan, Bersiar-siar di pusat membeli belah bukan keutamaan'. Tetapkan aktiviti anda berdasarkan keutamaan.

Tetapkan had masa.
Jika anda perlu menyiapkan kerja rumah, tetapkan had masa.
Pastikan anda menyiapkan kerja tersebut dalam had masa yang ditetapkan.

Gunakan diari.
Diari atau jadual waktu dapat membantu anda melakukan tugasan dan mencapai matlamat yang ditetapkan.Ia juga turut membantu anda untuk merancang aktiviti harian berdasarkan apa yang mesti dibereskan. Secara langsung, ia membantu anda untuk menggunakan masa yang terluang untuk menyiapkan tugasan atau aktiviti yang ingin dilakukan.

Kekalkan rutin harian anda sebaik mungkin.
Mengetahui apa yang perlu dibuat dan bila ia perlu diselesaikan membolehkan anda mencapai apa yang telah disasarkan dengan lebih baik.

Simpan tugasan atau kerja sekolah di satu tempat.
Anda hanya akan membazir masa jika perlu menyusun semula tugasan yang ingin dibereskan.Pembaziran ini dapat dikurangkan jika anda boleh menyimpan semua tugasan di satu tempat agar ia boleh dibereskan dengan cepat dan mengurangkan stres.

Jangan melengah-lengahkan kerja anda.
Berlengah itu pencuri masa. Anda hanya membazir masa jika melengah-lengahkan kerja.

Siapkan tugasan dengan betul semasa kali pertama ia dilakukan.
Anda hanya membuang masa bila tugasan tersebut perlu dibuat semula.

Hasil
Anda menjadi:
  • Lebih terurus
  • Produktif
  • Kurang tertekan
  • Gembira
  • Mempunyai banyak masa untuk melakukan aktiviti yang lebih bermakna